Saya Orang Kampung » Blog Anak Keningau

Aug
17

Koruton No Ti Blog Ku

Assalamualaikum w.b.t

Hehehe…faham ka sama tajuk post saya kali ini?

Koruton No Ti Blog Ku maksud dia berlabah sudah ni blog saya…itu bahasa Dusun tu…

Iya…memang telampau lama sudah saya tidak update ini blog…walaupun banyak sebenarnya yang mau ditulis walaupun teda siapa yang mau baca,hehe, tapi entah la kenapa…setiap kali mau update, adaaaaaaaa saja kerja lain yang mencelah…padahal banyak sebenarnya gambar2 yang saya mau kongsi especially gambar2 saya masa balik kampung sama bila saya outstation di negeri2 orang sini malaya…

Tapi…Alhamdulillah juga…masih diberi nafas untuk mencoret sedikit di sini malam ini…syukurilllah, mungkin berkat dan rahmat bulan Ramadhan 1432H ni, semangat itu datang kembali walaupun sikit tetapi memadai buat ketika ini…:)

Alhamdulillah..syukur banyak2 kepada Allah swt kerana malam ini sudah pun menjangkau malam ke 18 Ramadhan…maknanya bisuk ialah puasa hari ke 18 sudah tahun ini…puasa wajib la a…:)

17 hari berpuasa, bagi saya amat sekejap..seolah-olah baru 2 3 hari berpuasa..sungguh  pantas masa berlalu, tau2 minggu depan balik kampung untuk beraya sudah…

Apa2 pun, marilah kita sentiasa berdoa semoga segala amalan kita pada puasa kali ini diterima oleh Allah swt dan berkekalan amalan ini hingga kita menghenmbuskan nafas yang terakhir…

Untuk kali ini, saya kongsikan sebuah doa ringkas yang biasa kita baca ketika solat tarawih…moga kita amalkan selalu;

Sekian, kembali lagi selepas ini..insyaAllah..;)

 

Comments

Powered by Facebook Comments

Jul
23

AKU…Si Perantau Kecil…

ku mulakan langkah kelana,

meninggalkan daerah tercinta,

meski hati gundah gulana,

ku pasrah menahan kata.

 

ku berpaling pada ibu ayah,

melihat ku dengan payah,

walau segala susah,

demi puteranya rela beralah.

 

dalam jiwa ku tanam tekad,

janji setia pada ibu ayah,

walau putera si kecil jasad,

budi jasa ku rakam kukuh.

 

wahai kota impian ramai,

aku datang kosong hina,

ditemani doa pimpinan Rabbi,

biar pulang jadi berguna.

 

duhai madrasah tarbiah,

sambutlah daku sepenuh kasih,

kerana, si kecil ini masih bertatih,

mencari isi, moga membesar penuh ilmiah.

 

~ anakeningau~
050311

Comments

Powered by Facebook Comments

May
30

Balik Kampung Bulan Jun 2011…

Alhamdulillah…

Akhirnya selamat sampai di kampung petang kemarin…sampai kira-kira jam 4.oo petang…sampai rumah terus kenduri doa selamat dimulakan..rupa-rupanya keluarga di kg menunggu kami sampai…ingatkan sudah selesai…hehehe

Apa pun, syukur kerana dapat jumpa saudara mara yang lain…Lepas kenduri, cerita-cerita sama sepupu, terus tetidur…bangun-bangun ja, ada sudah orang duduk-duduk di ruang tamu…menyambung makan2…apa lagi, saya pun sambung makan juga..hehehe

Cerita-cerita sampai lah tengah malam…banyak betul cerita kami…

Selepas tu, barulah berpeluang online…tapi biasalah terpaksa melepak di belakang rumah supaya dapat pancaran talian yang baik sikit mengarah ke bandar keningau…

Sambil2 online, terpaksa pula mingkuluput (bebungkus) dengan selimut…sejuk betul sini kg ni malam2…mengigil2 badan saya…hehehe..ini yang bagusnya balik kg…udara nyaman, segar, tenang walaupun ada bau yang kurang menyenangkan dari najis2 ayam kampung…hehe…tapi biasalah tu kan..di bandar besar macam KL, mana mau jumpa semua tu…bunyi bising sama bau asap kotor ja yang banyak…namun, mana2 & bila2 pun kita, yang penting kena bersyukur selalu…:)

Firman Allah dalam Surah Ibrahim, Ayat 7:

Surah Ibrahim, Ayat 7

Maksudnya:  Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Iya…marilah kita sama-sama bersyukur agar sentiasa merasa nikmat terhadap setiap pemberian Allah s.w.t tidak kira ianya kecil atau besar pada pandangan mata kita sebagai hambaNya…Janganlah mengeluh pada yang tiada, tapi hargailah apa yang ada…;)

 

 

 

Comments

Powered by Facebook Comments

May
11

Siguku (Guru Ku)

Guru Ku,

ibarat lilin menyala

terang menyinari gelap

tenang memancari malap

buat kelam jadi nyata

 

Guru Ku,

ajarku baca aksara

latihku kira angka

didikku perhati manusia

bimbingku kenali pencipta

 

Guru Ku,

juga dipanggil Cikgu

ada digelar Ustaz

kerap disebut Muallim

acap dikata Mudarris

 

Guru Ku,

kekal muda namamu

walau tua jasadmu

kekal ada rohmu

walau tiada duniamu

 

Guru Ku,

Jasamu tidak tergalas

Budimu tidak terbalas

Doaku tidak terbatas

Pintaku tidak dialas

 

~anakeningau~

 

Comments

Powered by Facebook Comments

May
04

10 Pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.
  11. Sumber : Mencari Mardhatillah

Comments

Powered by Facebook Comments

Jan
02

Tahun Baru 2011 & Buka Sekolah…

Alhamdulillah…

Selamat juga kita menjejak kaki ke tahun 2011…

Pastinya banyak kenangan pahit & manis sepanjang tahun2 sebelum ini… ada yang merasakan kemarin itu lagi baik daripada hari ini…ada pula yang merasakan hari ini lebih baik daripada kemarin…tidak lupa juga ada yang merasakan tidak ada apa2 beza…kemarin ka hari ini sama saja…aku tetap macam ni…hidup aku tetap begini…namun harus diingat bahawa terdapat pepatah arab yang menerangkan tentang perkara ini:

“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”

Nah…renung2kanlah…;) Apa2 pun, bagi saya…saya berdoa semoga amalan baik saya akan bertambah2 dan berusaha juga dengan sedaya upaya untuk mengurangkan amalan buruk yang dilakukan selama ini. Harus sedar dalam diri bahawa usia semakin meningkat maka seharusnya juga minda, amal, sikap baik juga semakin meningkat. Cuma bab2 kahwin tu…ehem2…he3…semoga dipermudahkan bak kata tajuk lagu Maher Zain “barakallah”…:)

Bercakap mengenai tahun baru, rasanya tidak sah kalau tidak bercakap mengenai sekolah…ya, di Malaysia lazimnya awal tahun baru sangat sinonim dengan musim persekolahan yang baru…para guru & murid kembali ke sekolah setelah bercuti panjang kira2 2 bulan lamanya…

Musim persekolahan yang baru semestinya menjanjikan pelbagai ragam yang kita boleh lihat terutamanya kepada murid2 yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah…ada yang menangis, ada yang ketawa, ada juga yang rileks ja…he3…yang pasti semua itu menambahkan lagi suasana bahagia di sekolah…para guru sibuk menyusun dan menyelaras murid + kelas…kadang2 tersilap hantar murid ke kelas yang salah pun ada..he3

Mengimbas kembali suasana tersebut, membuatkan saya tersenyum sendiri…ya, saya juga pernah melalui saat2 tersebut…cuma keadaan ketika itu mungkin sangat2 berbeza pada hari ini…dulu seingat saya, saya ke sekolah dengan hanya berpakaian lusuh yang dipinjam/diberikan secara turun temurun dari abang2 saya…segala kelengkapan persekolahan boleh dikatakan semuanya adalah warisan daripada abang2…tapi sekarang, segala2nya mewah…baju baru, kasut baru, beg baru (ben10 la, upin ipin la,dll)…duit belanja pula semuanya melebihi RM1…kalau tidak, merajuk tidak mau pigi sekolah…he3…sangat beruntung budak2 sekarang…dulu, dapat 10sen pun saya sudah melompat2 gembira..:)…Apa2 pun tidak boleh dipersalahkan juga budak2 tu…zaman sekarang ni, apa lah yang boleh dibeli dengan 10sen kan…dulu mee goreng 20sen pun boleh dapat, sekarang?hmmm..kalau 50sen pun kira beruntung sudah…

Tapi, walau apa pun…saya mendoakan semoga para guru dapat menjalankan tanggungjawab mendidik anak2 pewaris negara kita…semoga kelak menjadi insan yang berguna dan berbakti pada agama dan negara…Insyallah..:)


Comments

Powered by Facebook Comments

Dec
25

kamera digital baru…

Alhamdulillah…

Masa jalan2 di Jom Beli Expo 2010 di MIECC tadi, akhirnya tebeli juga saya kamera digital baru…he3

Tapi sedih juga meninggalkan kamera digital lama (Benq)…tidak apa la, rosak juga…kalau mau repair pun mau sama harga sama yang baru…

Apa pun, baguslah juga try pelbagai jenama…hijrah lah katakan…he3

Comments

Powered by Facebook Comments

Dec
13

Lama betul tidak update…

Assalamualaikum sekalian penghuni alam…

lama betul saya tidak upadte sini kan..he3…

sibuk betul bah…

bah itu ja…

Comments

Powered by Facebook Comments

Oct
13

Kursus Kewangan Percuma..Siapa Cepat Dia Dapat…

Siapa Cepat Dia Dapat !!!
“Kursus Kewangan Percuma
kursuskewangan_anakeningau

kursuskewangan_anakeningau

  1. Kursus secara online melalui Email anda.
  2. Terdapat 5 siri kursus melalui email.
  3. Anda akan diajar dalam mempelajari selok belok kewangan.
  4. Kandungan e-kursus ini adalah berkualiti dan dijamin membantu anda dalam menguruskan kewangan.
  5. Ia telah direview oleh mereka yang Pakar dalam topik kewangan.
Nak sertai???
Mudah sahaja, masukkan nama dan email anda..
Daftar segera di sini >>> Kursus Kewangan Percuma
Tempat Adalah Terhad!!!
—————————————————————————————————————————–
Ok…saya tahu mugkin ada di antara anda yang masih baru@kurang arif mengenai langkah2 bagaimana untuk mendaftar & menerima email-email (kursus) tersebut.
Tidak mengapa, di bawah ini saya tunjukkan langkah2nya:
1) Klik sini >>>Kursus Kewangan Percuma
2) Isi pada ruang Nama & EmailKlik pada “Daftar Kursus Online Kewangan Percuma”
3) Check email anda.
4) Anda akan dapat email dari Pakarkewangan.com…Buka email tersebut…
5) Baca dan klik pada link yang diberi seperti ditunjukkan di bawah:

kursuskewangan+anakeningau.com

kursuskewangan+anakeningau.com

6) Then, akan keluar page berikut:

kursuskewangan+anakeningau.com

7) Selesai…Selepas ini tunggu sahaja lah email2 kursus yang akan diberikan dari semasa ke semasa.
Terima Kasih..;)…Kalau ada apa2 masalah tanya ja sini kio;)

Comments

Powered by Facebook Comments

Sep
29

Tidak Pandai Bahagi Masa…

Alhamdulillah…ada juga masa untuk update blog ni sekejap…:)

Lama sudah saya tidak “add new post” disini…he3…ucapan hari raya pun teda kan?

Entah la…ada masa, malas tangguh2 pula…teda masa, baru teringin mau post…

TAPI

Betul ka sebenarnya kita tiada masa?

Atau kita yang tidak pandai urus masa?

Atau masa yang urus kita?

Siapa yang urus siapa ni sebenarnya?

Mmmm…kalau cakap pasal masa ni, teringat kepada firman Allah S.W.T dalam Al-Quran pada surah Al-Asr yang bermaksud:

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

(Surah Al-Asr, Ayat 1-3)

Memang betul lah, kita ini sentiasa dalam kerugian jika kita tidak pandai urus masa…kan mengurus masa itu adalah salah satu amalan mulia bagi orang2 yang beriman+beramal soleh…

Jadi, kalau tidak pandai urus masa, adakah kita ini tidak soleh+beriman? Sama2lah kita berfikir dan muhasabah diri ya…:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Powered by Facebook Comments

Older posts «

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin